Selasa, 27 April 2010


Pihak PIBG SK Dato' Laksamana Raja Mahkota dengan kerjasama Kelab Staf SKDLRM telah selesai menganjurkan Program Lukisanthon Dalarama 2010 pada 24 April 2010/Sabtu
Masa: 8.00 pagi- 12.30 t/hari. Antara aktiviti-aktiviti yang telah di jalankan sepanjang program tersebut adalah seperti berikut:Program ini dimulakan dengan acara Senam Seni Malaysia yang disertai oleh semua murid dan guru SKDLRM. Senam Seni ini diketuai oleh En. Quah Say Cheow (Guru Muzik SKDLRM).


Program Lukisanthon bermula..



Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang kelas khas


Penghargaan-Lukisanthon 2010
Perhimpunan Pagi - Majlis Penyampaian Hadiah Program Lukisanthon 2010 telah diadakan pada tarikh 26 April 2010 (Isnin) yang lalu dan bertempat di Dataran Kejat Sekolah.Majlis ini diadakan sempena menghargai kegigihan para penderma yang telah membuat kutipan derma tertinggi pada program Lukisanthon ini. Hadiah-hadiah disampaikan berdasarkan kutipan derma tertinggi pada kategori individu, kelas dan guru & staf SKDLRM





Ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan kerjasama menjayakan program ini dan tidak lupa juga kepada para dermawan dan agensi-agensi yang telah menyumbang hadiah-hadiah bagi Program Lukisanthon SK Dato' Laksamana Raja Mahkota pada kali ini. Pihak sekolah sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih...

0 comments:

Catat Ulasan