Ahad, 6 September 2009

KENALI PEND. KHAS

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

APA DIA PENDIDIKAN KHAS?
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar dari aspek Perkembangan mental, Kestabilan emosi dan Integrasi sosial

ELAUN
Setiap murid pendidikan khas yang mempunyai kad OKU layak menerima elaun sebanyak RM150 sebulan.

0 comments:

Catat Ulasan