Pada 6 hingga 8 November 2009 Program Perkhemahan Pendidikan Khas Anjuran PPD Hilir Perak telah menganjurkan satu Perkhemahan dan Motivasi Pendidikan Khas 2009 bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Intan.Perkhemahan ini telah berlangsung selama 3 hari 2 malam (Jumaat-Ahad) yang melibatkan 11 buah sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Manakala jumlah keseluruhan murid seramai 71 orang murid terdiri daripada 50 murid lelaki dan 21 murid perempuan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan adalah seperti berikut...
PERSIAPAN MENDIRIKAN KHEMAH
SESI ICE BREAKING
PEMBAHAGIAN KUMPULAN
LDK 2 TOWN TRACKING
LDK 3 PERTANDINGAN MEMASAK
LDK 4 IKATAN & GEJEK
LDK 5 MENCARI HARTA KARUN
LDK 6 MALAM KEBUDAYAAN
LDK 7 REKAAN FESYEN
Khamis, 12 November 2009
Isnin, 5 Oktober 2009
Sambutan Hari Raya Pend. Khas
Fadilat Ramadhan
Hari raya telah disyariatkan didalam Islam. Hari raya adalah satu kurniaan teristimewa yang tinggi daripada Allah khususnya kepada hamba-hambanya yang beriman, sepenuh pengharapan dan keyakinan telah menumpahkan segala ketaatan, kesetiaan, pengabdian, kepatuhan dan kebulatan hati kepada Tuhan Rabbul "Alamin".
Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W sebagai panduan yang hakiiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita, bukan setakat makan-minum yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.
Bersempena dengan kedatangan bulan syawal ini, marilah kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al-Quran dan Sunnah. Marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat islam, bermaafan dan berkasih sayang antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kapada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah S.A.W. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah atau perkara yang menjadi perbalahan dikalangan umat Islam. Marilah kita sesama umat Islam bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita.
Sebagaimana tahun-tahun yang lepas unit Pendidikan Khas akan mengadakan Majlis sambutan Hari Raya peringkat sekolah pada 6 Oktober 2009 (Selasa)bermula pada jam 10.00 hingga 12.30 tengahari. Unit Pendidikan Khas mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kerjasama, bantuan dan sumbangan yang telah diberikan bagi menjayakan majlis tersebut.
Antara sisipan kenangan sambutan ini adalah seperti berikut.........

Sabtu, 19 September 2009
Langgan:
Catatan (Atom)